Wednesday 23 January 2013

Tudung Hasill tangan sendiri

Assalamualaikum.

Dah lama aku tinggalkan blog sebab utama tidak menopupkan broadband sendiri..Alhamdulillah hari ni, suami ambil langkah yang paling disukai oleh isterinya (ye, sayaler tu), suami belanje..yepiee..Insyaallah aku akan kongsikan beberapa celoteh aku yang tak seberapa korang nak tau.

Bila aku start bertudung labuh, pada mulanya aku rasa segan (dok segan watpe?pakai tak labuh dada tak segan pulak, bagi ketok senduk sikit).  Memang ramai orang bagi alasan step by step kan tapi alhamdulillah aku ada suami yang 24/7 dok nasihat aku, bagi basuh sikit otak karat aku ni kadang-kadang bancuh clorox kasi tuang kat otak ni (ni bukan betol tau, umpama je bile bagi nasihat panjang lebor).  Bila start pakai tudug labuh, biaselah aku akan pegi carik tudung bawal bidang 60" tu. tapi aku rasa tak fashionable (dah tak market,takya nak fashionable da, hehe) lepas tu aku tengok banyak blog2 jual tudung labuh kira cantik dan fashionable la kan, aku rasa tertarik memang the bomblah.

Apa yang perlu anda semua tahu ialah, yang bertutup tu Mahal harganya, same goes to the stuff yang menutupi aurat seorang wanita itu. Ye, tidak dinafikan memang ada yang mahal sangat dan ada yang suam-suam mahal. Tapi perlu ditekan di sini yang mahal tu la menutupi aurat kita yang akan di respect oleh semua manusia. Aku sebagai penanam anggur yang tiada berjaya sebab tanam anggur je makan (hehehe) mengambil langkah untuk menjahit tudung aku sendiri..

Ye, aku bukanlah ada bloodline seorang tailor dan bukanlah orang yang sangat berbakat untuk menjahit TAPI usaha itu tangga kejayaan. Walaupun menjahit itu perlukan kesabaran yang tinggi, aku tempuh jua. Akhirnya siap sudah tudung aku. 


inilah first tangan sendirik yang buat, memang tak kemas tapi still learning.
renda di sekeliling tu memang cute tapi suami tak bagi buat camtu lagi sebab takut mendatangkan tabaruj dalam berhias.

ni second design seperti diatas. kali ni aku just pakai reben untuk menutupi tepi kain.
ni la tudung yang aku selalu pakai sebab hitam. Hitam adalah universal. hehe

lastly, ni last sekali aku wat untuk bulan 1 ni. Disebabkan aku malas nak jahit reben, aku hantar jahit tepi kat kedai. Tengok effect curly tu. dah siap jahit tepi aku sambungkan tengah-tengahnya.. tadaa

Ok, kesemua tudung di atas kecuali shawl ialah tudung syria ye puan-puan.Kalau awak semua perasan syria saye sangatlah labuh dibelakang, menutupi punggung kerana baju sahaja tak cukup menutup punggung, perlukan tudung yang labuh untuk tutup(Suami saya sangat menekankan perkara ni).Syria senang nak jahit, tak perlu nak jahit awning. Pakai anak tudung syria yang aku dah ada dan jahit lagi dari lebihan kain-kain tudung ni.  Aku tak cekap, mesin pon pakai mesin jahit antik yang menggunakan kuasa kaki ku yang kuat kekadang lemah ni. Kalau ada rezeki, aku akan beli mesin jahit baru, takya jahit tepi kat kedai.hehe. kalau dah pandai nak kasi market sikit.Insyaalah

Saye tak kedekut info, sila la drop pertanyaan kalau nak tau ape-ape. Oh ye, kain lycra semua ni dibeli kat kedai kain 1Malaysia.murah dan jimat.Insyaallah esok operasi beli kain bermula dan bulan ni aku akan teruskan aktiviti dengan menjahit tudung syria ni..

Assalamualaikum w.b.t



6 comments:

  1. Salam, nak tanya macam mana nak buat shawl labuh sendiri?

    ReplyDelete
  2. Assalam.maaf saye dah lame tak update blog.baru perasan comment awak.
    tudung labuh ni beli kain 2 meter panjang..
    lebar tu pulak 0.80 meter.
    kalau suke lagi lebar boleh tambah lagi kelebaran die tu.
    nanti saye post camne nak buat ye..insyaallah

    ReplyDelete
  3. Boleh ajar camne nak jahit syria ni?

    ReplyDelete
  4. Assalam Ummu.maaf lewat saya jarang update
    saya dah terangkan cara-cara dalam post saye.klik link ye..terima kasih :)

    http://esyaann.blogspot.com/2013/05/diy-tudungshawl-labuh.html

    ReplyDelete
  5. slm..bleh x klau sy nk tempah shawl yg labuh 2mter n lebar 0.80metr

    ReplyDelete
  6. Assalam..mintak maaf yang..sy tak berani nk watkan untuk orang.sebab sy bukan tailor..sesaje suke try..insyaallah one day..thx tnye :))

    ReplyDelete