Monday 3 December 2012

Hari Konvokesyen

Assalamualaikum..

Semalam (2 Disember 2012) aku dan kawan-kawan yang lain officially graduated. Aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya aku berjaya menamatkan pengajian aku.. Bercita-cita nak teruskan pelajaran tapi apakan daya ku dengan jawatan penanam anggur tidak membolehkan aku nak mengumpul modal untuk belajar.Ok, sabar, as soon aku dah bekerja segalanya mungkin dengan izin Allah.

Semalam memang hari bersejarah untuk aku dengan yang lain. Entahlah kenapa aku not so impressed dengan konvo semalam..Mungkin sebab aku penat tengok manusia yang ramai dan sesak serta pening tunggu turn ambil skrol. Semalam aku makan pagi je sampai tengahari dah tak ade tenaga da..Aku pening betul..Habis je istiadat aku bukan sibuk-sibuk nak bergambar, aku terus menuju ke surau. Sampai kat surau terkejut tengok keadaan surau yang kotor. Nampaknya muslimah pon tak perihatin. Memanglah tu surau sementara tapi jagalah kebersihan.. Tempat wuduk pon dibuangnya pampers anak. Alahai ibu-ibu..

Habis solat, En.Hubby belikan bunga untuk aku..Dah cakap tak payah degil jugak nak belikan. Bukan apa, bunga cantik tu tak tahan lama, layu jugak nanti.. Hubby kata masa aku ambil skrol tu die menitiskan air mata gembira dapat isteri macam aku (tak paham maksud dia).

Gambar pon ambil sikit je.Sebab kamera tak bawak. Gambar lain ambil kat studio je. Tapi kat studio terpaksa pakai jubah degree sebab studio tu takde jubah diploma.. Hubby kate alah takpelah pakai je, nanti nak kena pakai jugak..Tetiba rasa bersemangat balik. Terima kasih Hubby..Aku berterima kasih teramat sangat pada emak yang banyak berkorban untuk aku belajar, semoga Allah membalas segala kebaikkan emak kepada aku dan aku juga akan berusaha untuk menyenangkan emak aku. Aku harap dapat jadi anak yang solehah dan taat kepada suami dan berbakti kepada emak ayah aku. Amin.

Sila ignorekan muka yang semakin tembam. Muka sudah pucat akibat tak makan. Terima kasih mak kerana banyak berkorban untuk saya sampai di universiti dan terima kasih hubby kerana memberi support..Lebiu all la..mmuahhh.hehe


Inilah BFF aku masa disana..ade lagi tapi tak jumpa die n sorang lagi tak konvo sekali :(
Inilah rakan suka duka ku,susah senang bersama.  Makan megi, roti celup milo, Nasi lemak ayam madu same2. banyak kenangan manis dengan mereka.. Tak kan ku lupakan mereka ni. Semoga kamu semua berjaya ye.

 p/s: Kejayaan tak datang bergolek, berusaha dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan 
         yang di inginkan.

No comments:

Post a Comment