Friday 30 November 2012

Masih panjang hayat keretaku

Assaamualaikum.

Entri sharing time boring kembali.. Setelah Hubby pergi main futsal (memang rutin tiap-tiap malam hari jumaat), setelah kenyang melantak Yong tau fu yang dimulai dengan Bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah(hehe)..Burrrppp..Kenyang makan ni dari makan burger mekDol yang mahal tu.  Aku mencari idea apa yang nak dikongsikan..

Terpandang pulak kereta aku tu, terus berkata:

"Panjang lagi hayat kau ye?, tak sampai seminggu keluar workshop dah kene BANG lagi"

Alhamdulillah enjin kereta berfungsi.. Insiden pertama yang terjadi mengakibatkan kereta aku menjadi seperti ini:


Tak perlu aku ceritakan macam mana kene langgar, yang pastinya duit repair kereta dikeluarkan oleh driver yang melanggar.. Aii cuma mangsa keadaan (bisik kereta aku,,Hehehe).. Kalau tengok macam sikit je kan..Ni yang buat kereta menetap di bengkel seminggu dua..Jumlah kerosakan dalam K jugak la. Apa-apa pun terima kasih kepada Puan yang berbudi bahasa..Next time berhati-hati.

Setelah seminggu kereta siap keluar dari bengkel, aku dengan berhati-hatinya driving kereta agar tak bercalar sikit pun...Kereta dah serupa baru da mana tak sayang kan..Pada satu hari yang cerah, sedang aku dan suami berjalan menuju ke kereta dengan riangnya setelah penat window shopping di pasar, dari jauh aku ternampak kereta aku serupa gini gamaknya:


Alamak macam kerepek ubi dalam plastik aku tengok pintu tu punya lekuk...Bila pulak pintu kereta aku pakai mascara sampai lentik begitu rupa. Sebenarnya hati sedih dalam menjaga baik punya sekali kena balik..HaHAHA padan muka aku jugak sape suh caring sangat kan da tersedih sikit. Bila try bukak pintu kemek tu serupa macam bukak pintu peti ais yang berat dan ketat benau nak bukak..Aku tegamam je dalam beberapa minit...Alhamdulillah pemandu yang langgar tinggalkan no.telefon dan membayar ganti rugi..Susah woo cari orang jujur macam adik ni...Selalunya orang da larikan diri da...Kepada anda yang langgar kereta orang tu lain kali langgar tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi..Barulah orang tidak menyumpah walaupun di dalam hati.Contohilah sikap adik ni.Aku puji betul..kalau ade adik lelaki, aku suruh die pegi pinang budak ni..sopan santun betul..Nampak air muka yang serba salah...Semoga Allah memberi perlindungan kepada kamu dan berhati-hati di lain hari.

Mak aku cakap kereta ni kalau kena accident mesti orang-orang yang bersikap telus dan jujur je yang aku berurusan mungkin disebabkan kereta ni banyak berbakti hantar beliau ke hospital,hantar nenek aku, pak cik mak cik aku ke hospital dan ke mana-mana yang bole dihantar.  Kata mak, Allah tak menyusahkan hamba-Nya, dah dilanggar pon orang yang melanggarnya bersifat perihatin..Kira macam rezeki la kan.Terima kasih kepada kamoo-kamoo yang terlibat..Isnin ni masuk workshop lagi ye wahai kereta..Teruskan berbakti kepada kami sekeluarga..

No comments:

Post a Comment