Thursday, 6 December 2012

Konter Aduan

Assalamualaikum.

Pasal apa petang ni nak bukak cerita konter aduan?Pasal ramai dah spesis manusia ni suka mengadu domba dalam konter aduan mark "susah nak eja" dan burung biru chip-chip.  Kekerapan bukan sekali, bukan due kali tapi dah banyak kali terjadi bak kata Sepah.  Agaknya berapa banyak like yang korang dapat dari mengadu domba,berdoa (tak tahulah berdoa atau sekadar menulis status) dan meroyan dalam konter aduan tu?


Apa aku nak bagitahu kat sini, mostly wanita aku tengok suka menukilkan kisah-kisah kecewa percintaan mereka di borang aduan konter tersebut lantas berdoa (yelah tu kot).  Apa yang aku nak jelaskan kat sini, kadang-kadang mereka ni jadi bahan gelak, bahan fitnah manusia je.  Bagi aku janganlah diiklankan kisah lagenda percintaan anda, bersedih tak tentu hala. Agak-agaknya berapa banyak masa anda luangkan berdoa di konter burung chip-chip dan konter muka buku dari berdoa yang sebenarnya (duduk atas sejadah beristighfar dan berdoa kepada Allah).


Aku dapat rasakan ianya satu fenomena yang makin lama makin parah..Wanita seperti merendahkan martabat anda. Tak ada mak,kakak,adik perempuan , kawan perempuan di luar laman sesawang boleh menenangkan dan mendengar kisah anda?Kalau tak ada, anda ada Allah yang Maha Mendengar. Mengadu dan berdoa lah kepada-Nya, moga-moga hatimu menjadi tenang.


Aku bukan sengaja nak bersifat skeptikal terhadap awak-awak yang suka open konter tapi segelintir manusia yang membaca aduan awak akan turut skeptikal, simpati ikhlas, simpati tak ikhlas, like je ape permasaalhan anda tu.. Kau ade Allah yang Maha mendengar walaupun kau tak luahkan tapi Allah lebih mengetahui apa yang berada di benak hati kau wahai manusia wanita sekalian.  


Dari pengalaman sendiri bila aku baca post status  masa zaman PEKAK telinga, mendatangkan perasaan:


"Ya Allah, malunya aku tulis macam ni, moga Kau membimbing aku ke arah kebaikan"


Terus padam.Click pangkah-Yes sure to delete-DONE.

Alhamdulillah.


p/s: Baca balik status lama-lama yang tak berfaedah, padam dan padam ye tuan puan.

No comments:

Post a Comment