Friday 30 November 2012

Mentaliti kita

Assalamualaikum.

Selamat petang kepada rakan-rakan.  Baru je aku terima berita sedang aku berjalan-jalan di newsfeed facebook. Mata aku terpandang satu status yang menarik perhatian. Status tersebut dikongsi oleh seorang rakan fb seperti berikut:

info cuti sekolah..

Mohon kerjasama rakan-rakan dan semua-semua yg boleh baca status sy ni, tolong lahhh jangan ke WETWORLD SHAH ALAM dalam masa terdekat ni, kerana anak rakan sy telah kembali kerahmatullah last week s

elepas seminggu mereka bercuti disitu dan her daughter terkena jangkitan LEPTOSPIROSIS (virus kencing tikus). Dan tadi baru terbaca komen kakak rakan kepada rakan beliau pun telah kehilangan 2 anak, itupun selepas mereka ke WETWORLD SHAH ALAM, atas sebab yg sama; LEPTOSPIROSIS (virus kencing tikus).


kredit from: Azlina Hassan (pemilik blog KakiKuSukaBerjalan)

Aku menelaah komen2 di post tersebut dan jumpa link kepada ibu arwah adik Sarah yang dimaksudkan didalam status tersebut...Aku baca setiap pos yang dikirimkan oleh ibunya, Puan Liza Masrina. Sungguh aku bersimpati terhadap dirinya dan keluarganya..Allah lebih menyayangi anak perempuan beliau..Harap beliau dan keluarga bersabar menempuh dugaan dan perancangan Allah..

Atas dasar sifat kemanusiaan, aku pun turut share status tersebut. Alhamdulillah ada juga rakanku yang tumpang share. Yela,bagitau agar semua pun aware pasal ni..Aku jalan-jalan lagi di newsfeed dan terjumpa satu page yang turut bersifat kemanusiaan mengSharekan pasal berita wetworld ni. Apabila aku baca komen-komen yang dipostkan amatlah malang bila ada yang meragui (well,aku tak salahkan korang mungkin korang tak nampak bukti) dan tak kurang jugak ade yang rasa benda ni LAWAK.

Ada jugak insan-insan yang berfikiran positif mengambil langkah berhat-hati dan ada jugak yang sharekan link ibu arwah adik Sarah. TAPI apekan daya ade jugak manusia mentaliti yang masih merasakan benda ni lawak dan FAKE..

Bila aku fikir balik, masyarakat kita ni sesetengahnya cepat percaye+suka share benda karut marut macam:

"Kalau tak like,tak share,anda akan ditimpa malang" 
"Kalau tak percaya, akan ditimpa kecelakaan"
"Kalau mengaku Islam, Sila like untuk yang tak tidur lagi" <<<--- APAKAH INI

Bila ada perkongsian berita suruh berhati-hati, respon yang aku nampak ialah
"betul ke ni"
"tak masuk dalam berita pon" (NAK MASUK BERITA DULU KE BARU NAK PERCAYA)
 ***dah ramai meninggal baru nak percaya?
"Tunjuk sijil mati dulu baru percaya" (KAU MINTAK SENDIRI KAT MAK DIA!!)

Inilah mentaliti manusia zaman sekarang.susah nak menilai yang baik..Kalau bab memaki hamun no.1 dalam kelas.

Ambil lah iktibar dari berita-berita seperti ini. Kalau rasa berita tak sah, sila berusaha mencari sumber yang boleh mengesahkan kesahihan cerita tersebut bukan terus nilai dan jadikan bahan lawak.

Sekian.

#Berita mengenai adik Sarah bukanlah satu konspirasi untuk menjatuhkan tempat riadah tersebut. Ini adalah benar seperti yang dipostkan oleh ibu beliau Puan Liza Masrina. Put yourself into her shoes. Jadilah insan berakal dan mencari kebenaran bukan menilai dan bermentaliti rendah.

No comments:

Post a Comment