Thursday 29 November 2012

Fesyen Muslimah "Contemporary"

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita masih dihidupkan pada hari jumaat barakah ini. Anda semua sihat tak? Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yang baik. Hari ini aku terpanggil untuk tulis pasal fesyen dan aurat dalam Islam..Bukan sengaja nak show off apa-apa kebaikan cuma mahu berkongsi apa yang aku lihat dalam pakaian yang terjual di butik,kedai,pasar malam,pasar pagi, pasar petang, pasar subuh (hehe), online dan sebagainya..Sejujurnya aku adalah seorang manusia yang baru mencelikkan mata setelah dididik oleh sang suami yang penyayang akan hakikat aurat seorang wanita.

Yes, dalam era modenisasi ni (ceh ayat karangan bm), muslimah lebih terdorong untuk mengikut fashionista yang hebat-hebat belaka...majalah-majalah remaja dan majalah fesyen muslimah dijadikan rujukan untuk berfesyen..wahh..hebat aku tengok fesyen muslimah dalam satu majalah (maaf aku tak beli,tengok kat kedai sambil gelengkan kepala)..ada dengan palazzonya,cute cardigannya,wedgesnya alahai tinggi betul..bajunya melekap dibadan dan tinggi dari menutup punggungnya seperti tingginya tudung-tudung para model ini tidak menutup dada..Adoiyaii..

Aku tengok memang cantik lah untuk mereka yang suka bergaya, even aku di zaman-zaman PEKAK kan telinga untuk aurat ni memang cepat tedorong nak berpakaian macam model-model langsing-mangsing tu..Aku lihat jugak banyak blog-blog fesyen muncul. Dengan membawa nama fesyen "muslimah kontemporari" tentu sahaja para muslimah akan tedorong membeli dan mengcopy paste cara berpakaian ke badan-badan mereka. Sesungguhnya apa yang aku lihat dalam majalah dan blog-blog tersebut tak ubah macam seorang yang tak memakai tudung..Cuma bayangkan model tu tak bertudung dan bertudung tak mengikut syariat, sama je aku tengok.. Setiap kali aku tengok fesyen-fesyen so called "muslimah" ni aku rasa macam pakai tak pakai same je.

Baru-baru ni aku tedengar ade satu blog yang aktif memaparkan body-body wanita so called bertudung ni. Gambar tang atas, tang bawah semua di candid dan menjadi paparan seluruh dunia..Tahniah anda wanita kerana mentatapkan  aurat anda kepada orang yang tidak ada taraf suami anda.  Kadang-kadang aku tak boleh nak salahkan mereka, para lelaki yang melihat wanita bertudung tu satu simbol yang perlu mereka geledah dan selongkar..Janganlh dipakai pakaian ketat tang sane sinun sebab kelak korang jugak malu..Bila muka suda fames baru tau nak tutup sane sinun.Aku tak suruh korang para wanita ni pakai selebung satu badan seperti memakai niqab dan bla bla bla..Aku nak tekan kan disini bertutup tu lebih indah,lebih selamat. Aku cakap dari pengalaman aku sendiri.Bukan nak berlagak baik dan alim cuma menyampaikan apa yang teperap di minda aku sekian lama.

Aku yakin para wanita sekalian lebih menyayangi maruah mereka..JANGANLAH biarkan aurat mu terdedah, JANGANLAH  kamu para wanita menjadi pencetus dosa seorang lelaki,  JANGANLAH  korang semua menzalimi diri kamu sendiri..Sekian


#KONGSI ILMU SKIT DARI UAI


Tudung dan bahu ~ perlu ker tutup bahu bila bertudung?
#penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Soalan sebagaimana dalam gambar.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus ( Original ): "Dimaaf pada syarak jika sudah berupaya menutup (yakni sudah pakai tudung tutup bahagian bahu) tapi nampak jugak bentuk bahu..

Khilafnya sama dgn keadaan kepala. Wal
aupun pakai tudung, tetap nampak bentuk kepala dan rambut. Jadinya dimaafkan pada syarak.."

So, terjawab sudah. Korang kena labuhkan juga tudung tutup bahagian bahu. Bukan tak tutup lgsg bahu.
--
kredit tulisan Saudari Miya Ya yg tuliskan kepada UAI di surau tersebut. Syukran :)

No comments:

Post a Comment