Thursday 14 February 2013

Pengalaman Mengajar Erti kesabaran


Assalamualaikum..

Hari ini tidak seperti hari biasa yang aku lalui sebab hari ini aku menambah pengalaman baru yang tak ternilai harganya. Ye, hari ini aku ada interview dengan kerajaan.

secara kesimpulannya, aku dapat rumuskan bahawa aku ni seorang yang sangat-sangat gemuruh. Telampau nervous sampai sehari sebelum interview aku dup dap dup dap nak tidur. Boleh pula siap aku mimpi kene interview.

Secara kronologinya, hari interview aku adalah seperti berikut:
 -Interview start 8.30 pagi, aku dapat rasa dada aku berdegup kencang. Sampai kat tempat menunggu, lagi aku rasa tergugat dengan calon-calon yang tak kurang hebatnya. 

- tunggu punya tunggu samapi 9 calon dah siap interview, main soksek-soksek tanya soalan apa panel tanya.
  dah dapat maklumat boleh fokus.

-Pukul 10.40 pagi, kedengaran satu bunyi tapak kaki masuk dan terus memberitahu:
   "No. 26-39, datang pukul 2 petang semula, panel nak rehat"

-Dah dengar rasa lega, bagitahu husband dan bergegas ke tempat lain.

-Pukul 2 petang, ok nama aku dah dipanggil bersama 2 calon lain. 
Dimulakan dengan discussion dan bermula lancar sampai suku point aku nak termuntah,nak telan air liur susah. Tak pasal-pasal terdiam.

-Selesai interview dalam 2.45 petang. Alhamdulillah lain-lain soalan berjalan lancar. Balik rumah.

Realitinya, sehingga kini aku masih menyesal nak termuntah secara tetiba dalam bilik interview tu. Macam aku takdak point.Apa-apa pon rezeki Allah kurniakan.Mudah-mudahan dapatlah jawatan tersebut. Amin.



Doa itu penting, doa senjata, semoga dipermudahkan segala urusan.

No comments:

Post a Comment