Thursday 14 February 2013

Luahan isi hati


Assalamualaikum.
Pagi jumaat yang sejuk.  Hari ini genaplah usia perkahwinan kami yang ke 5 bulan.. Ye, baru je.  Semoga dalam meniti ranjau kehidupan berumah tangga, kami sentiasa sepakat,bahagia dan di redhai Allah.

Seperti pasangan yang lain, zuriat adalah satu anugerah tak ternilai untuk mereka.  Walaupun sedia maklum ramai juga pasangan yang dah lama berkahwin tapi rezeki belum memihak kepada mereka. Aku juga merasakan keinginan mempunyai anak sangat menebal dalam jiwa aku. Kadang-kala aku termenung melihat telatah anak-anak kecil.  Macam-macam perasaan yang timbul, cemburu, suka, dan tertanya-tanya bila pula turn aku.

Tiap-tiap bulan aku mengharapkan ada rezeki buat kami berdua, tapi buat aku kecewa.  Suamiku seorang yang sabar dan selalu menasihati aku agar berfikiran positif. Termasuklah pada hari ini, aku mengharapkan ada rezeki untuk kami tapi rezeki itu belum jadi hak kami. Aku secara terus menerus meminta maaf pada suami. Perasaan sebak dan kecewa ku tidak dapat dibendung sekaligus air mata aku terjatuh di pipi.

Suami ku tenang dan sabar menasihati aku bahawasanya anak tu hak Allah jika tiba masanya akan sampai jua rezeki anak.
“Abang sayang isteri abang, walaupun belum ada anak tapi kita bahagia” Ituah yang keluar dari bibir suamiku. Perasaan terharu bercampur baur.

Terima kasih suamiku, dirimu banyak memberi dorongan dan sokongan moral serta didikan pada jiwa ku yang tak lengkap. Terima kasih bersabar dalam mendidik aku, terima kasih atas segalanya kau curahkan pada diriku.

Aku dapat bayangkan perasaan orang yang dah lama berkahwin tapi belum ada zuriat, aku memahami walaupun aku baru sahaja berkahwin. Semoga Allah member ketabahan kepada kita semua dalam menanti rezeki Allah, memperbanyakkan solat hajat, semoga doa kita akan termakbul.

Amin.


No comments:

Post a Comment