Tuesday, 6 May 2014

Kisah Suami

Sejak awal pagi kelmarin si isteri sakit kepala yang teramat sangat.
Si suami tahu si isterinya ada migrain dan minta isteri banyak berehat.
Tak tahu lah apa yang membuat si isteri sakit kepala yang amat sangat..mungkin sebab cuaca panas.
Maklum disini bahawa si isteri seorang yang tak tahan panas...
Apabila siang melabuhkan tirainya, sakit kepala si isteri menganggu aktivitinya..
Si suaminya pula ada game futsal bersama saudara mara..sudah lama tak pulang ke kampung..
Sebelum pergi si suami meminta si isteri berehat dan tidur.
Si isteri bertanya bilakah si suami akan pulang.  si suami menjawab mungkin dalam sejam setengah lagi dia pulang.
si isteri melelapkan matanya..

********************************************************************

Pukul 12 malam si suami pulang..
Meluru ke dalam bilik dimana isterinya sedang tidur..
Si Suami perhatikan wajah isterinya pucat lesi..
Si suami panik..Pucat wajah isterinya seperti mayat..
Sesekali Suami memandang perut dan dada si isteri untuk memastikan si isteri bernafas.
Apabila si suami sudah pasti si isterinya bernafas, si suami lega..
si suami mengejutkan si isteri untuk membetulkan kedudukan tidurnya dan memberi air kepada si isteri.


*****************************************************************

Selang sehari selepas kejadian tersebut,  semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur,
Si isteri melihat wajahnya di cermin kereta dan bertanyakan si suami adakah wajah dia pucat..
Si suami cepat-cepat menjawab:

Suami: takdalah..Semalam lagi pucat.macam mayat..tu yang abg  bangunkan awaktu..
Isteri : Kenapa?  takut saya dah memang jadi mayat ke?
Suami: Mestilah takut.. sebab tu abg tengok nafas awak turun naik ke tak?
Isteri : kenapa takut saya takde ke?
Suami: mestilah.. Abg takut kehilangan isteri abg ni..
Isteri : Ala...kan boleh kawin lagi satu..
Suami : Ada ke situ pulak dia ni...Abg taknak kawin lagi satu la..Abg da ada isteri abg ni ha..abg taknak 
            kehilangan awak tu..
Isteri: senyum sepanjang perjalanan pulang.

*****************************************************************

Terima kasih suami yang banyak menjaga keperluan dan kebajikan isteri serta menyayangi isteri.
Semoga abg sentiasa menjadi suami yang terbaik di kalangan yang terbaik dunia dan akhirat...


No comments:

Post a Comment