Friday, 30 May 2014

Tabarruj dalam Berhias

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.    

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.  

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
            زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا  
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

    الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

                                                           مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ
“kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya”  bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,  pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
“Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”       [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang d
iberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala  berfirman;
     
          جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.





Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber :Islamic Revival
Retrive from : mykhilafah.com

Tuesday, 6 May 2014

CVMALLOW Oat & Wheat-Fenomena terbaru!

Assalamualaikum
Siapa yang pernah makan oat bar cvmallow ni pasti tau kesedapannya..
Aku as penjual susah nak dapat stok even sekotak dua..
Permintaan terlampau banyak..
Ada sampai kawan seperjuangan ynag menjual oat bar ni terpaksa off hp time makan sebab terlalu ramai sms untuk produk ni..

Aku nak promote je untuk post ni.

Berminat?boleh contact no di flyers ni :)


Kisah Suami

Sejak awal pagi kelmarin si isteri sakit kepala yang teramat sangat.
Si suami tahu si isterinya ada migrain dan minta isteri banyak berehat.
Tak tahu lah apa yang membuat si isteri sakit kepala yang amat sangat..mungkin sebab cuaca panas.
Maklum disini bahawa si isteri seorang yang tak tahan panas...
Apabila siang melabuhkan tirainya, sakit kepala si isteri menganggu aktivitinya..
Si suaminya pula ada game futsal bersama saudara mara..sudah lama tak pulang ke kampung..
Sebelum pergi si suami meminta si isteri berehat dan tidur.
Si isteri bertanya bilakah si suami akan pulang.  si suami menjawab mungkin dalam sejam setengah lagi dia pulang.
si isteri melelapkan matanya..

********************************************************************

Pukul 12 malam si suami pulang..
Meluru ke dalam bilik dimana isterinya sedang tidur..
Si Suami perhatikan wajah isterinya pucat lesi..
Si suami panik..Pucat wajah isterinya seperti mayat..
Sesekali Suami memandang perut dan dada si isteri untuk memastikan si isteri bernafas.
Apabila si suami sudah pasti si isterinya bernafas, si suami lega..
si suami mengejutkan si isteri untuk membetulkan kedudukan tidurnya dan memberi air kepada si isteri.


*****************************************************************

Selang sehari selepas kejadian tersebut,  semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur,
Si isteri melihat wajahnya di cermin kereta dan bertanyakan si suami adakah wajah dia pucat..
Si suami cepat-cepat menjawab:

Suami: takdalah..Semalam lagi pucat.macam mayat..tu yang abg  bangunkan awaktu..
Isteri : Kenapa?  takut saya dah memang jadi mayat ke?
Suami: Mestilah takut.. sebab tu abg tengok nafas awak turun naik ke tak?
Isteri : kenapa takut saya takde ke?
Suami: mestilah.. Abg takut kehilangan isteri abg ni..
Isteri : Ala...kan boleh kawin lagi satu..
Suami : Ada ke situ pulak dia ni...Abg taknak kawin lagi satu la..Abg da ada isteri abg ni ha..abg taknak 
            kehilangan awak tu..
Isteri: senyum sepanjang perjalanan pulang.

*****************************************************************

Terima kasih suami yang banyak menjaga keperluan dan kebajikan isteri serta menyayangi isteri.
Semoga abg sentiasa menjadi suami yang terbaik di kalangan yang terbaik dunia dan akhirat...


Sunday, 13 April 2014

AL AJMAL COLLECTIONS

Assalamualaikum..

Hari ini excited sebab semua da ready untuk di jual..yeay akhirnya!!!
Al-ajmal collections menyediakan variety of blouses, maxi dresses and handbag..
baru nak cuba-cuba bisness..
in future will sell anything feature muslimah clothings..Yayyy! excited again..










Feel free intai-intai my fb.. Al Ajmal Collections

sometime post kat instagram




Please do support me ye? thanks guys

Saturday, 12 April 2014

Salam Reunion

Assalamualaikum...Yeay, reunion dengan my blog , again....
Tak selalu muncul post tapi mungkin lepas ni aku usahakan yang terbaik..
Setahun lepas menyepi kerana busy dengan hidup dan kerja..
la ni aku resign da sebab nak business so badly.  it's my ambition you know..
My long-drive dream almost come true.. soon...of course when i launch my collections.. ceh....macam designer lak..hahaha..
Tapi semestinye aku nak lebih aktif dalam penulisan blog..


Till we meet again..toodle..


Wassalam....

Monday, 5 August 2013

Sekadar Renungan


Iklan Tidak Berbayar

SONY DCR-SX21E for SALE!!!


Handycam sony for sale.
Good Condition
Baru pakai setahun 1 bulan.

RM550
NEGO sampai LETGO!!!

Pakej termasuk box lengkap tv cable,usb cable dan charger.
Battery included.
Dalam box ada cd,manual.
Memory card tiada.
Sling Bag ada

Sebab jual: Jarang pakai. Beli untuk majlis
            pernikahan sahaja. 

Cash on delivery only(COD) area KL

Call & SMS only: 0176570367 

Siapa cepat dia dapat!!